CONTACT ME

Wednesday, January 16, 2013

Breakfast untuk hubby, Mihun Goreng sambil tido

Salam and hai to uolsss..

Selamat hari rabu. Padi tadi lepas subuh sedap je aku layan tido. punya lahh syokk sampai aku terlajak tidur sampai pukul 8.15 pagi. yang si suami dok syokk landing dekat ruang tamu. bukan nak kejutkan aku. ingat masuk kerja pukul 9 malam lah tu.

Dah memang jadi kewajipan mesti bagi suami breakfast.kata orang tua-tua air tangan isteri tu lebih berkat. so dengan mata yang masih tertutup serta air liur basi yang meleleh-leleh aku pun meraba-raba peti ais and keluar kan ayam beserta telur ayam.

start lah acara tumis-menumis serta potong memotong. aku time ni tak fikir apa dah. fikir nak cepat masak je. semua bahan aku main campak-campak je. and tadaa.. Ni lah mihun goreng sambil pejam mata yang mampu aku hasil kan. sekali rasa, uihhh makk aihh. bukan main pedas lagi. alamat berbini kan jamban lah suami aku hari ni. kehkeh.




Rasa macam nak share resepi mihun goreng tido aku ni. Try lah.

Resepi:


  • Mihun 1/2 paket (rendam dalam air bagi lembut)
  • ayam bahagian dada di potong dadu
  • telur satu biji
  • sayur taugeh satu genggam
  • Lada kering kisar+bawang merah+bawang putih
  • garam
  • gula
  • ajinamotor


Cara-cara:


  • Panas kan minyak
  • Masukkan lada kering+bawang merah+bawang putih yang telah dikisar halus.
  • Agak-agak sambal dah masak atau pecah minyak, sila masukkan ayam yang di potong dadu pastu masukkan je telur ayam tu. 
  • kacau-kacau, pastu masukkan garam , gula and ajinamoto secukup rasa
  • and lastly sila masukkan mihun yang telah di rendam. 
  • gaul-gaul bagi rata pastu siap di hidangkan.


sekian.

No comments: